Isnin, 9 Mei 2016

Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato



Untuk 5 orang makan

Bahan A : untuk nasi

(**)2 pot beras
(**)2 sudu besar tomato puri
(**)1 labu bawang besar (ditumbuk)
(**)1 ulas bawang putih (ditumbuk)
(**)1 ketul kiub pati ayam
(**)1 cm halia
(**)Beberapa biji bunga lawang , kulit kayu manis , buah keras.
(**)Planta (untuk menumis)
(**)Garam

Bahan B : untuk ayam masak merah

(**)1 ekor ayam
(**)6 sudu besar cili kisar
(**)2 sudu besar tomato puri
(**)2 sudu besar sos cili
(**)1 sudu besar sos tiram
(**)1 biji bawang besar (dikisar)
(**)4 ulas bawang putih (dikisar)
(**)2 cm halia (dikisar)
(**)2 batang serai (dititik)
(**)1 ketul kiub pati ayam
(**)Perasa secukupnya

Cara membuat Bahan A:

(**)1.Basuh beras bersih-bersih dan toskan airnya.

(**)2.Tumiskan bawang besar bawang putih , buah keras , kulit kayu manis , bunga lawang , halia dan planta sehingga naik bau , kemudian masukkan tomato puri dan tumis sehingga masak.

(**)3.Masukkan beras dan kacau rata , tambahkan perasa dan masukkan air secukupnya untuk masak beras (masukkan ke dalam periuk nasi)

Cara membuat Bahan B :

(**)1.Gorengkan yam separuh masak dan ketepikan.

(**)2.Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.

(**)3.Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

(**)4.Masukkan sos tiram , sos cili , tomato puri juga garam , gula dan perasa secukup rasa.

(**)5.Masukkan ayam kedalam tumisan yg kita masak tadi dan masukkan juga serai yg dititik.

(**)6.Setelah ayam masak, hidangkan dengan nasik tomato.

(**)P/s:Nasi tomato juga boleh dihidangkan bersama acar timun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan